
Sudah lebih dari 5 tahun aku meninggalkan Kuala Lumpur. Setelah aku menerima tawaran untuk bertugas di negeri kampung halaman di utara semenanjung, aku jarang sekali ke Kuala Lumpur. Jika aku ke KL sekali pun, hanyalah untuk "meeting" dan tugas-tugas khas. Kadangkala, aku begitu rindukan keriuhan KL yang pernah aku alami lebih dari 10 tahun. Ya. Aku pernah menjadi penghuni di kota Metropolitan ini lebih sedekad.
Kini aku di sini, di Kuala Lumpur. Ibu negara Malaysia yang amat aku banggakan. Sememangnya bagi sesetengah individu, mereka menganggap KL hanyalah sebuah kota yang "menyusahkan". Mereka memperkatakan tentang kesesakan jalanraya, asap kenderaan, pencemaran, hiruk pikuk yang membingitkan telinga dan tidak kurang pula dengan kadar jenayah yang tinggi. Namun bagi aku, semua itu hanyalah satu pandangan negatif yang tidak rasional dan "anti-urban". KL memiliki begitu sempurna dengan pelbagai kemeriahan, keindahan, keunikan dan kaya dengan keistimewaan yang tidak mungkin dimiliki oleh kota-kota lain di dalam dunia.
Suatu masa dahulu, tidak siapa pun mengenali Kuala Lumpur. Tidak siapa pun tahu bahawa di dunia ini wujud sebuah wilayah persekutuan yang bernama Kuala Lumpur. Namun di era ini, seluruh dunia begitu mengagumi Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pelbagai mercu tanda yang sememangnya begitu istimewa dan penuh nostalgia. Kuala Lumpur memacu pembangunan tanpa melupakan ciri-ciri ketimuran dan keindahan semual jadi.
Lihat saja KLCC! Begitu tersergam megah di dada kota Kuala Lumpur sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Hati ini begitu bangga sekali apabila seluruh dunia begitu "cemburu" melihat kehebatannya. Pencakar langit berkembar itu begitu "significant" strukturnya sehingga menjadi tumpuan jutaan pelancong dari dalam dan luar negara. Melambangkan kemajuan negara, Kuala Lumpur meneruskan langkah kehadapan bersama sebuah wawasan gemilang.
Nak tahu lagi tentang kehebatan dan keistimewaan Kuala Lumpur? Akan ku teruskan lagi pada "entry" yang akan datang. Aku tidak mampu untuk merungkai segalanya keindahan Kuala Lumpur dengan hanya satu "entry" sahaja. Lagi pun, aku sedang leka dan terpesona dengan keindahan "Tasik" dihadapan ku ini. Nak tahu apa yang istimewanya "tasik" ini? Tunggulah "entry" ku yang akan datang tentang "Taman Tasik Titiwangsa"! Sebuah tasik yang penuh dengan nostalgia kenangan terindah...

Swiftlet Industry (Bird Nest) -
ReplyDeletehttp://gemsb.vox.com
http://gemsb.blogspot.com
http://kursusgem.blogspot.com
Direktori/Forum Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia-
http://gem.socialgo.com
Himpunan WebLog Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia-
http://pertanianmalaysia.blogspot.com
Hartanah-
http://walet.wordpress.com/tanah