Wednesday, October 7, 2009

Magnificent TTTW! Kat tempat lain tak ada nih!


Salam blog kepada semua...

Sebagaimana yang aku kata pada entry lepas, aku nak bercerita pulak pasal sebuah tasik di tengah-tengah KL ni. Siapa sangka kat tengah-tengah KL ni ada tasik? Hehehhehe...Taman Tasik Titi Wangsa namanya. Korang mesti rasa macam takde apa-apa yang menarik kat situ. Bagi aku, kalau korang rasa cam tu, memang korang silap la. Kat situ macam-macam adaaaa...

Aku suka pergi Taman Tasik Titiwangsa ni bila time aku free. Tasik tu mendamaikan. Lepas penat "berhempas pulas" di pejabat, aku "merehatkan" minda sekejap di tepi tasik. Aku ingat masa dulu-dulu, ada gondola yang disewakan kepada pengunjung untuk "berkayuh" di sekitar tasik. Masa kecik-kecik dulu, aku pernah "try" "kayuh basikal air" dengan abang aku. Tapi sekarang ni dah takde dah. Nampaknya "basikal air" tu dah digantikan dengan yang lebih advance. Sukan air di Taman Tasik Titiwangsa dah semakin maju. Maksud aku, di tasik ini pernah dipamerkan aksi "jet ski", kayak, bot laju dan bebola air! Malah pernah sekali tu, dianjurkan perlawanan bot "remote control" di situ. Gempak beb!

Paling hebat, Taman Tasik Titiwangsa ini juga pernah dihadirkan dengan "merry go round" gergasi yang diberi nama "the eye of Malaysia". Perggghhhh..!!! Bangga aku time tu! Cepat-cepat aku ajak family aku pergi Taman Tasik Titiwangsa untuk mengalami sendiri pengalaman menaiki "Eye of Malaysia" tu. Teruja betul aku masa tu. Lagi best bila aku dapat menikmati pemandangan penuh Kuala Lumpur di waktu malam! Bangga betul aku dengan Kuala Lumpur. Aku pasti, tak semua ibu negara yang mengatakan bahawa mereka tu "negara maju" pernah memiliki sebuah "gigantic merry go round"! Itulah "lebih"nya Kuala Lumpur! Kat tempat lain tak ada nihhh...

Petang tu, aku sempat lep[ak tengok beberapa orang "bro" leka bermain kereta "control". Best je tengok diorang main. Macam-macam kereta ada! Subaru Impreza, BMW, Honda Type-R...cakap jer, semua ada! Yang bestnya tu, kereta "mainan" tu sebijik macam kereta betul! Siap pakai minyak petrol lagi. Tayar pun kena isi angin! Dulu masa aku kecik-kecik takde semua benda ni. Makin meriah la Taman Tasik Titiwangsa. Ada sekali tu ada dianjurkan "grand prix mini" motorsikal kanak-kanak. Comel je bila tengok bebudak kecik race motor "mini" superbike kat trek. Rasanya Loris Cappirossi pun akan "jealous" tengok aksi licik adik-adik kita ni.

Di Taman Tasik Titiwangsa ni juga kita boleh merehatkan minda sampbil bersenam. Ramai warga kota Kuala Lumpur ni datang ke sini untuk "jogging" dan bersenam. Kompleks sukan pun ada. Setakat badminton dan squash tu, masih boleh dianjurkan. Ada mini "gym' kat sini. Di sini juga kita berpeluang untuk menunggang kuda! Siapa yang nak jadi equin negara macam Qabil Ambak tu, boleh la cuba berjinak-jinak dengan menunggang kuda di sini. Manalah tahu, nanti boleh jadi "skuad pelapis" kepada Qabil Ambak. Walaubagaimana pun, kenalah berhati-hati supaya tak jatuh dari kuda dan elak la dari di"tendang" oleh kuda! Heheheheh...\

Taman Tasik Titiwangsa masih lagi menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur. Boleh dikatakan setiap hari Taman Tasik Titiwangsa akan dipenuhi dengan warga kota. Takde seorang pun yang mampu buat maksiat kat sini. Abang-abang pegawai penguatkuasa ada! diorang "bisa" menangkap individu yang tak senonoh kat situ. Siapa nak "try" main-main dengan abang-abang ni, silakanlah. Tahulah nasib nanti bila dikejar dengan kuda! "Samseng-samseng" pun tak berani dekat sebab takut kena "back-kick" kuda. Aman damai je Taman Tasik Titiwangsa. Indah permai. Terima kasih kepada DBKL yang berhempas pulas menjaga taman tasik ini dengan begitu baik. Kita sebagai pengguna haruslah sama-sama menjaga tasik ini dari anasir-anasir negatif. Alaaa...untuk masa depa anak-anak kita juga, kan?

Apa pun, Taman Tasik Titiwangsa ini tetap istimewa bagi semua warga Kuala Lumpur, khususnya bagi diri aku sendiri. Di sini cukup mendamaikan. Malah ramai pelancong yang memuji Taman Tasik Titiwangsa sama ada dari laur negara mahupun rakyat Malaysia sendiri. Aku berharap kita semua akan kekal menghargai kewujudan Tanan Tasik Titiwangsa sebagai salah satu "aset" berharga Kuala Lumpur. Sama-samalah kita menjaga dan menikmati keindahan Kuala Lumpur!

Sunday, October 4, 2009

Yahooo..! Aku kembali ke Kuala Lumpur...


Sudah lebih dari 5 tahun aku meninggalkan Kuala Lumpur. Setelah aku menerima tawaran untuk bertugas di negeri kampung halaman di utara semenanjung, aku jarang sekali ke Kuala Lumpur. Jika aku ke KL sekali pun, hanyalah untuk "meeting" dan tugas-tugas khas. Kadangkala, aku begitu rindukan keriuhan KL yang pernah aku alami lebih dari 10 tahun. Ya. Aku pernah menjadi penghuni di kota Metropolitan ini lebih sedekad.

Kini aku di sini, di Kuala Lumpur. Ibu negara Malaysia yang amat aku banggakan. Sememangnya bagi sesetengah individu, mereka menganggap KL hanyalah sebuah kota yang "menyusahkan". Mereka memperkatakan tentang kesesakan jalanraya, asap kenderaan, pencemaran, hiruk pikuk yang membingitkan telinga dan tidak kurang pula dengan kadar jenayah yang tinggi. Namun bagi aku, semua itu hanyalah satu pandangan negatif yang tidak rasional dan "anti-urban". KL memiliki begitu sempurna dengan pelbagai kemeriahan, keindahan, keunikan dan kaya dengan keistimewaan yang tidak mungkin dimiliki oleh kota-kota lain di dalam dunia.

Suatu masa dahulu, tidak siapa pun mengenali Kuala Lumpur. Tidak siapa pun tahu bahawa di dunia ini wujud sebuah wilayah persekutuan yang bernama Kuala Lumpur. Namun di era ini, seluruh dunia begitu mengagumi Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pelbagai mercu tanda yang sememangnya begitu istimewa dan penuh nostalgia. Kuala Lumpur memacu pembangunan tanpa melupakan ciri-ciri ketimuran dan keindahan semual jadi.

Lihat saja KLCC! Begitu tersergam megah di dada kota Kuala Lumpur sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Hati ini begitu bangga sekali apabila seluruh dunia begitu "cemburu" melihat kehebatannya. Pencakar langit berkembar itu begitu "significant" strukturnya sehingga menjadi tumpuan jutaan pelancong dari dalam dan luar negara. Melambangkan kemajuan negara, Kuala Lumpur meneruskan langkah kehadapan bersama sebuah wawasan gemilang.

Nak tahu lagi tentang kehebatan dan keistimewaan Kuala Lumpur? Akan ku teruskan lagi pada "entry" yang akan datang. Aku tidak mampu untuk merungkai segalanya keindahan Kuala Lumpur dengan hanya satu "entry" sahaja. Lagi pun, aku sedang leka dan terpesona dengan keindahan "Tasik" dihadapan ku ini. Nak tahu apa yang istimewanya "tasik" ini? Tunggulah "entry" ku yang akan datang tentang "Taman Tasik Titiwangsa"! Sebuah tasik yang penuh dengan nostalgia kenangan terindah...